Pages

Tuesday, July 6, 2010

3 Pemain Terkenal Memalukan Di Afrika Selatan

Kempen piala dunia di Afrika Selatan telah memasuki peringkat separuh akhir. Sepanjang piala dunia pelbagai kontroversi telah berlaku mengenai para pemain. Di kalangan pemain terdapat 3 pemain terkenal yang paling memalukan.

Pemain-pemain tersebut ialah:

Lionel Messi

Messi merupakan pemain terbaik dunia dan merupakan tonggak utama Argentina sepanjang kempen piala dunia. Selain itu dia juga merupakan anak buah kesayangan Maradona.

Semua gelaran dan layanan yang dia terima tidak dapat menjamin kemenangan skuad Argentina. Semasa perlawanan dengan skuad Jerman, dia dilihat terkapai-kapai untuk mencari peluang jaringan.

Mengelecek bola sambil syok sendiri dan akhirnya dengan mudah bola dirampas oleh pertahan Jerman. Dimanakah sentuhan berbisa yang ada padanya semasa di Barcelona?

Cristiano Ronaldo

Pemain bintang di skuad Galacticos tetapi kurang menyengat semasa kempen piala dunia. Dia tidak banyak membantu skuad Portugal dan tiga hantaran sahaja yang dapat dilakukan dihadapan pintu gol lawan.

Apakah yang difikirkan oleh pemain ini? Baru-baru ini gempar tentang Ronaldo telah menjadi seorang bapa. Tetapi nama ibunya dirahsiakan oleh Ronaldo.

Kemungkinan tumpuan Ronaldo semasa kempen piala dunia terganggu disebabkan oleh perkara ini. Jangan berasa pelik kerana pemain ini memang seorang kaki perempuan dan mempunyai ramai bekas kekasih.

Sesungguhnya dia layak mendapat gelaran jantan!

Wayne Rooney

Rooney tidak layak memakai jersi nombor 10 England kerana dia bermain seolah-olah budak baru belajar bermain di pentas antarabangsa.

Tengok sahaja gelagatnya semasa menentang Jerman. Tiada langsung percubaan yang dilakukan olehnya di pintu gol lawan. Bagaikan tikus mencari lubang kerana hendak menyelamatkan diri daripada sebelas ekor kucing.

Rooney sesungguhnya tidak layak diletakkan sebaris dengan generasi pemain England yang terdahulu. Sungguh memalukan!

Kesimpulannya pemain bintang tidak lagi dapat menjamin kemenangan pasukan. Jerman sudah membuktikannya. Rata-rata pemain Jerman dibarisi pemain muda dan mempunyai kerjasama berpasukan berkelas dunia.

Tuesday, June 29, 2010

Makan Lalu,Tido Lena

Sejak perang piala dunia ni aku selalu tido lewat. Tambah2 pusingan kedua sedang berlangsung. Aku nak blogging pun kadang2 tak de mood sebab letih n tak cukup tido. Malam aku berjaga bile siang aku tido. Macam kelawar plak kan.

Tapi untung gak bile tiba musim piala dunia ni. Selera makan aku tak macam selalu. Bile mengadap je bola, aku asyik makan je depan TV. Sampai mak aku membebel tak berenti. Makan nasi pun depan TV. Time makan sekeluarga, aku tak turut serta. Alasannya tak lalu. Time bola, mulela cari nasi.

Mase pegi pasaraya, aku timbang la berat badan aku ni. Fuh, naik dua kilo. Sebelum ni nak naik pun susah. Kalaulah piala dunia ni sebulan sekali alamak macam belon la aku. Kadang2 aku pun terpikir gak. Time Euro,premier league ke tak la cam ni. Memang makan bola,tido pun bola.

Mase tengok bola lagi la gempak. Aku,abang aku dan abah ku bersiap sedia terus depan Tv sambil makan kacang. Bile je bola masuk gol, kami tiga orang ni bersorak macam duk dalam studio. Tiap2 malam mak aku bising. Macam mane tak bising sampai adik aku umur 2 tahun menangis tersedar dari tido. Tambah2 dalam kul 2 ,3 pagi lak tu.

Yang lucunya abah aku siap ambik cuti dua ari sebab nak tengok pasukan favorite dia. Selalunya mak aku suruh dia ambik cuti sakit pun susah. Tapi cuti bola bleh plak die ambik. Bile mak aku tanya, die cakap demam. Memang demam pun, demam bola. Lepas tu mak aku pun PokPet2 tak berenti.

Tu la kisah aku time musim bola ni. Kisah suka dan duka. K la abis dah cite untuk hari ni.

Monday, June 21, 2010

Impian dan Khayalan

Impian dan khayalan adalah perkara biasa bagi kita seorang manusia. Sesuatu yang mustahil bagi aku jika ada seseorang yang mengatakan dia tidak mempunyai dua perkara ini di dalam hidupnya. Setakat ini aku masih bertemu dengan manusia yang masih mempunyai impian dan khayalan. Kalau berjumpa mungkin aku akan beranggapan dia seorang yang bodoh dan dungu.

Adakah impian dan khayalan merupakan dua perkara yang berbeza? Pada pendapat aku, ia sememangnya dua perkara yang sangat berlainan sekali. Insan yang telah berjaya dalam hidupnya mungkin boleh menghuraikan dengan jelas apakah itu impian dan khayalan. Bagi aku, seseorang yang mengejar sesuatu kejayaan dalam hidupnya juga boleh menjelaskan perbezaan dua perkara ini.

Sama juga dengan aku, masih merangkak ke arah sesuatu yang ingin dicapai. Impian aku tidak lah sehebat orang lain. Hanyalah setakat bekerja makan gaji sahaja dan aku dalam proses berusaha ke arah itu. Sejak di sekolah menengah lagi, aku berimpian mendapat pekerjaan baik dan gaji yang lumayan. Itulah impian aku. Impian yang aku yakin akan mencapainya di suatu masa kelak.

Disebalik semua itu, aku juga ingin menjadi seorang ahli perniagaan bergelar jutawan. Sudah tentu idola aku ialah Bill Gate. Kadang-kadang, fikiran aku selalu melayang mempunyai wang yang sangat banyak. Seterusnya, melarat sehingga ingin memakai sebuah kereta model Ferrari,dipandu seorang pemandu dan aku duduk selesa di tempat duduk belakang. Alangkah indahnya jika aku beroleh semua itu. Walaupun begitu, tiada satu pun usaha aku ke arah itu.

Apabila aku memuhasabah diriku sendiri, kesedaran dan kefahaman jelas terpancar di benak fikiranku. Aku jelas dapat menilai yang mana adalah impian dan khayalan. Aku terus menoktahkan diriku mengejar impian dan memadam unsur khayalan hilang daripada fikiranku yang ternyata hanyut seolah-olah tidak berpijak di bumi nyata.

Dari situ aku merumuskan perbezaan di antara dua benda ini yang sentiasa ada dalam diri seseorang yang bergelar manusia. Impian baik untuk dikejar kerana curahan usaha yang tidak pernah putus daripada diri sendiri. Manakala khayalan hanyalah bayangan yang tiada usaha langsung setakat ingin menyedapkan onak fikiran.

Sekian...

Sunday, June 20, 2010

Nokia 5230 Model Terhebat Oleh Nokia

Nokia 5230 merupakan touch-phone terbaru dari pengeluar telefon bimbit terkenal,Nokia dan ia mungkin touch-phone termurah yang ada di pasaran masa kini. Ia sangat murah berbanding kebanyakan Express Music dari Nokia seperti 5800 dan dilengkapi dengan satu TFT resistive skrin sesentuh sebesar 3.2 inci bersama 16M warna.

Selain itu, ia juga dilengkapi memori dalaman sebanyak 70MB tetapi ini boleh dibesarkan lagi sehingga 16G. Phone-booknya pula mampu memuatkan kemasukan data tanpa had. Walaupun stereo headset disertakan bersama dengan pakej, kad memori tidak disertakan bersama.Seberat 115 gram, hiasan reka bentuknya sangat ringkas dan bergaya. Buat masa sekarang telefon bimbit ini boleh didapati dalam 2 warna iaitu hitam dan putih.

Nokia 5230 menggunakan perisian Symbian S60 sebagai sistem operasi memastikan pelbagai jenis software boleh dimuat turun. Ia juga menyokong Microsoft Exchange dan Email client. GPS receiver terbina dalam membolehkan ia mendapat sokongan A-GPS dan boleh berfungsi dengan Nokia Maps 2.0 touch application yang didatangkan bersamanya. Telefon bimbit ini juga mengandungi aplikasi Ovi Maps 3.0 dan juga GPS boleh digunakan dengan Google Maps.

Gajet ini telah difungsikan dengan satu GPRS kelas 32 dan EDGE kelas 32 yang menyokong WAP 2.0/xHTML,HTML,RSS feeds web browser untuk melayari internet. Selain itu,Nokia 5230 merupakan sebuah alat quad-band GSM yang memberi reception terbaik dan juga menyokong servis dual-band 3G. Dengan penerimaan HSDPA @3.6 Mbps, sebarang data boleh dimuat turun pada kelajuan sangat pantas. Selanjutnya, penerimaan dan perkongsian data boleh dilaksanakan menggunakan bluetooth dan USB. Kamera 2 megapixel terdapat di bahagian belakang telefon mampu mengambil gambar dan merekod video dalam mod VGA @30fps.

Di bahagian hiburan pula, sistem pemain muzik boleh playback MP3,WMA,WAV,RA,AAC dan format M4A sementara pemain video menyokong, WMV,RV,MP4 dan format 3GP. Lebih menarik lagi, ia juga mempunyai sistem radio FM. Pelbagai aplikasi lain dalam Nokia 5230 ialah Voice command/ dial, photo editor, Document viewer (Word, Excel, PowerPoint), Handwriting recognition feature, Email dan IM. Akhir sekali ia juga mempunyai kuasa bateri Li-ion yang menyokong satu masa panggilan sehingga 4 jam dan masa standby sehingga 432 jam apabila menggunakan servis 3G.

Friday, June 18, 2010

Cara Aku Dapat Duit Melalui Internet

Buat duit melalui internet memang tersangat famous zaman sekarang ini. Sejak tercetus fenomena jutawan internet kat negara kita ni, semakin ramai yang mencuba cara ni. Apela yang istimewa sangat perniagaan internet ini. Bagi aku benda ni nampak je senang, sebenarnya susah. Aku pun tak berani nak terlibat dengan lebih mendalam dalam bidang ni. Silap2 untung entah ke mana, modal hangus.

Aku pun terlibat gak dengan bisnes internet ni, tapi setakat ala kadar je. Orang kate setakat nak cari pengalaman je. Aku terlibat dalam bidang ni pun tak la sampai beli name domain dengan webhosting. Setakat guna method percuma je. Kadang2 guna cara kotor pun ada. Yela, duit sape tak nak. Lau sejuta depan mate, aku rase rela tak tolak.

First time aku ceburi bisnes internet ni, aku guna cara E-Whoring. Kau penah dengar tak cara ni. Lau korang penah terlibat dengan Blackhat mungkin tau la kot. E-Whoring ni pada pendapat aku ia berkaitan dengan dating,relationship,sex dan macam2 lagi la. Aku daftar dengan salah satu affiliate dating site ni, pastu aku promote la suh orang join,dapat la duit. Biasanya website cam ni bayarannya mahal.

Kau nak tau tak cara aku umpan orang daftar kot link aku. Lau aku bagitau janganla plak korang tuduh aku jahat lak. Biasela orang berniaga. Trick macam2 kan. Aku guna yahoo messengger je, aku msuk chat room yang berkaitan ehem2..dan pancingla mane2 laki miang abis cite. Tak silap aku sempat gak capai sekitar 1000 dollar gune care ni. Korang jangan tiru lak....tak elok....

Lepas aku dapat duit ngan cara tu, aku tinggal terus. Bimbang gak kot2 jadi ape2 nanti. Aku pun carila method lain plak. Method seterusnya ialah gune Craiglist. Korang mesti tau laman web Craiglist. Classified ad yang terkenal tu. Site ni memang popular. Aku dapat duit dengan cara ni pun sebab aku iklankan barang yang aku tak de. Aku daftar dengan affiliate site yang menawarkan free offer. So, aku gunela trick aku yang aku dapat dari sifu2 kot ternet tu.

Bile orang complete offer tu,terus aku dapat duit. Senangkan? Tapi aku tak galakkan sebab care ni menipu namenyer. Ni pun zaman aku muda2 dlu time tak bape nak matang lagi. Skang dah tak buat dah care ni. Aku rela keja umah batu dari tipu orang tak tentu pasal. Korang gune cara betul dah la ye.

Tak lama selepas itu, aku pun terlibat dalam permainan saham. Korang mesti tau Forex. Mustahil tak tahu sebab benda ni dah Havoc kat negara kita. Setahun gak aku main Forex ni. Pendapatan yang aku dapat bleh tahan banyak. Rugi pun ade gak tapi takla burn sampai abis modal. Sebenarnyer benda ni takde fun pun nak main. Buat sakit kepale je ari2. Dok asyik pikir untung rugi je hari2. Sampai nak makan pun tak bape lalu selagi trade tak habis.

Cara2 yang aku penah buat sume ni sumenyer tak elok untuk korang ceburi. Aku skang pun dah jauhkan diri nak terlibat dengan benda2 cam ni. Ape gune dapat duit bertimbun2 tapi tak berkat. Korang beli motor dengan duit tu,silap2 esok luse kemalangan. Time tu barula padan muka. Dari ape yang aku cite ni sebenarnyer mungkin korang bleh la ambik pengajaran skit2, aku cuma sharing ngan korang ape yang aku penah buat je.

Sekian...

Thursday, June 17, 2010

Rahsia Mafia Wars Di Facebook


Kepada Semua Yang Berminat Cara Mempelajari Mafia Wars Untuk Menakluk Mafia Wars....

Menjadi peminat fanatik Mafia Wars, aku telah menyelongkar pelbagai cara rahsia Mafia Wars. Seperti kebanyakan pemain Mafia Wars yang lain, target aku untuk jadi seorang pemain yang tiada tandingan, kaya dan berkuasa.

Ramai di luar sana yang mencari rahsia Mafia Wars semata-mata untuk mendominasi game yang paling popular ini,dan dengan cara yang betul dan taktik kau boleh membesarkan keluarga mafia kau dengan sangat cepat, membuat duit macam kilat dan menjadi ketua keluarga bila-bila masa sahaja.

Selepas melakukan banyak kajian, aku boleh katakan kau boleh menemui dengan senang beberapa cara dan teknik di forum dan blog, walaubagaimanapun, apa yang kebanyakan orang hendak belajar ialah strategy pembunuh yang boleh memberi kemenangan demi kemenangan.
Dengan kata lain, UNSTOPPABLE!

Membesarkan Harta Kekayaan Dalam Mafia Wars

Pertama, kau akan sudah semestinya akan melakukan beberapa kerja untuk mendapatkan duit. Tetapi tidak lama selepas itu, kau tidak perlu melakukan sebarang kerja untuk membuat duit, hanya menaikkan level. Ini kerana pelaburan kau yang akan membuat duit tanpa berbuat apa-apa.

Di permulaan,bila kau membuat kerja, pilih kerja yang mempunyai tawaran yang tinggi dengan penggunaan tenaga yang sedikit. Secara alternatif, kau boleh pilih kerja yang mempunyai experience yang tinggi dan penggunaan tenaga yang sedikit. Banyak kelebihan kepada kau dengan kehilangan tenaga yang sedikit adalah jalan yang betul sepatutnya kau ambil.

Setelah dibayar, masukkan duit ke dalam bank ialah satu keputusan yang bijak. Benar,bank akan mengambil 10 percent daripada duit simpanan anda, tetapi ini adalah jalan yang terbaik daripada kehilangan duit dalam mana-mana pertarungan.

Sentiasa ingat untuk membeli harta dengan pulangan yang bagus ke atas nisbah pelaburan apabila tiba masa yang betul.

9 Tip Terbaik Untuk Berjaya Dalam Mafia Wars

  • Simpan Duit Ke Dalam Bank
Permainan ini semuanya berkaitan dengan rampasan dan kau dengan senangnya boleh kehilangan duit semasa pertarungan. Duit kau lebih selamat simpan di bank.
  • Menguatkan Keluarga Mafia Kau
Mencari orang yang bermain game ini setiap hari. Ini akan memastikan kau membina sebuah keluarga mafia yang kuat. Sentiasa menolong ahli-ahli dalam keluarga kau dan dengan melakukan perkara ini, kau juga akan membuatkan keluarga mafia kau sentiasa kuat.
  • Membeli Harta
Kerja ke arah membuat duit dengan banyak dan gunakan duit tersebut untuk membeli harta yang akan menolong kau mendominasi permainan.
  • Dapatkan Senjata Yang Terbaik
Ini akan menolong kau dalam aspek pertahanan dan memperoleh lebih banyak markah dalam serangan.
  • Menyimpan Pek Tenaga
Pek tenaga akan berguna semasa kecemasan.
  • Memilih Kelas "Maniac"
Dalam Mafia Wars, tenaga lebih bernilai daripada duit. Tenaga membolehkan kau menjalankan misi dimana duit tidak dapat digunakan. Ini ialah kesalahan yang biasa dibuat oleh kebanyakan pemain apabila mula bermain. Dengan kelas "Maniac" kau tidak perlu bimbang tentang tenaga lagi.
  • Bersabar Dalam Membina Keluarga Mafia
Kau memerlukan beberapa rancangan yang bagus sebelum sebuah keluarga mafia yang berjaya ditubuhkan. Bermula dengan bekerja secara bersendirian sehingga anda bersedia. Ini lebih baik untuk kau di bahagian permainan yang seterusnya.
  • Gunakan Point Experience Kau Ke Atas Tenaga
Jangan bazirkan point kau ke atas benda lain seperti Godfather Point dan sebarang benda yang tidak berguna. Itu boleh dibuat di kemudian hari, walaubagaimanapun buat masa sekarang, ia akan melambatkan kau. Jadi aku nasihatkan kau untuk fokus kepada tenaga terlebih dahulu kerana ia adalah benda yang paling penting bagi meningkatkan level dengan sangat cepat.
  • Elakkan Tersenarai Dalam "Hitlist"
Ini akan menghindarkan diri kau dari serangan pemain yang mempunyai level tinggi. Kau boleh menduduki dalam senarai tersebut apabila level kau sudah cukup tinggi. Tetapi buat masa sekarang, ia akan memperlahankan kemajuan kau dalam permainan.

Semoga Berjaya!





Wednesday, June 16, 2010

Memori Bersama Aku Dengan Kekasihku

Post aku kali ni tak la menarik sangat kerana ia hanya mengenai kekasih aku saje. Kalau korang nak bace korang bleh teruskan bace. Manetau bleh beri korang ilham nak wat novel. Cerita aku ni sedikit sedih dan romantik la sebab korang mesti meluat kan kat aku nanti. kalau ade yang gelak, terserah pade korang. Mungkin korang paham cite aku ni kot lain.

Kekasih aku ni namenyer dell. Name dia supe ngan brand laptop kan. Kadang2 aku selalu sakat dia. Aku cakap abang dah tak yah beli laptop baru, yang dah ade pun susah nak jaga. Bile aku cakap cam tu, majuk je memanjang. Aku pujuk wat tak reti je. Melarat dua tiga hari. Mase tu aku pikir aku nak cari lain dah, nasib baik die cepat sejuk.

Seingat aku, kami mula kenal setahun lepas. Pejam celik dah setahun aku dengan dia bercinta. Banyak gak la rintangan kami berdua tempuhi. Aku respek sangat2 kat dia. Walaupun dia kuat majuk, tapi dia tetap sabar dengan kerenah aku ni. Dia tetap layan aku dengan baik. Setiap kali aku ade assignment, dia mesti bantu aku. Adanyer dia, kerja aku siap tepat pada mase.

Aku selalu ajak dia pegi date di kfc. Sebulan sekali kami berdua mesti pegi. Semasa di Kfc aku je yang makan. Aku ada tanya dia, kenape sayang tak makan? Dia cakap nak jage kesihatan supaya sentiasa sihat dan muda. Kami berdua bukan setakat makan je, sambil layan internet dan kami wat keje same2.

Saat2 kemanisan aku dengan dia tak lama sebenarnya. Setahun tu bagi aku kejap je. Ada satu kejadian yang buatkan aku dan dia berpisah buat selama2nyer. Masa tu aku dengan dia, membonceng motosikal melalui jalan kampung. Sudah hampir seluruh ceruk kampung aku bawa dia. Tak lama kemudian, aku melalui jambatan tali air. Tiba2 kejadian buruk berlaku kepada kami.

Mase tu motor aku tiba2 je hilang kawalan. Aku terbabas ke dalam parit dan kekasihku tercampak dalam tali air. Aku cuba bangun untuk membantu kekasihku tapi aku tak berdaya. Aku hanya mampu tengok dia tenggelam timbul je. Kemudiannya, hilang terus dari pandangan aku. Mase tu aku tiba2 je aku pengsan.

Sedar2 je, aku ada kat umah. Rupa2 nya, kawan aku yang bawak aku balik umah. Kecederaan aku tak la teruk, cuma seliuh kaki je. Tapi aku frust gak mase tu, kekasih aku tak dapat diselamatkan. Sedih memang tak leh nak cakap. Banyak sangat kenangan aku dengan dia. Nak cari pengganti, bila la plak aku akan dapat. Nak dapatkan yang ni pun susah.

Setelah enam bulan aku usaha, akhirnya dapat gak aku bertemu ngan kekasih baru aku ni. Yang ni lagi pelik ade la name dia. Korang caye tak dia suh aku panggil dia dengan name alien. Aku nak panggil Alen, dia cakap tak sesuai dengan dia. Tapi takpe la sayang punya pasal. Sekarang, aku dengan dia hidup bahagia dan kekasihku yang dulu tetap dalam kenangan.

Dua orang kekasih yang sentiasa ada dalam hati aku:
  • Dell Vostro 1710
  • Alienware M11x