Pages

Monday, June 21, 2010

Impian dan Khayalan

Impian dan khayalan adalah perkara biasa bagi kita seorang manusia. Sesuatu yang mustahil bagi aku jika ada seseorang yang mengatakan dia tidak mempunyai dua perkara ini di dalam hidupnya. Setakat ini aku masih bertemu dengan manusia yang masih mempunyai impian dan khayalan. Kalau berjumpa mungkin aku akan beranggapan dia seorang yang bodoh dan dungu.

Adakah impian dan khayalan merupakan dua perkara yang berbeza? Pada pendapat aku, ia sememangnya dua perkara yang sangat berlainan sekali. Insan yang telah berjaya dalam hidupnya mungkin boleh menghuraikan dengan jelas apakah itu impian dan khayalan. Bagi aku, seseorang yang mengejar sesuatu kejayaan dalam hidupnya juga boleh menjelaskan perbezaan dua perkara ini.

Sama juga dengan aku, masih merangkak ke arah sesuatu yang ingin dicapai. Impian aku tidak lah sehebat orang lain. Hanyalah setakat bekerja makan gaji sahaja dan aku dalam proses berusaha ke arah itu. Sejak di sekolah menengah lagi, aku berimpian mendapat pekerjaan baik dan gaji yang lumayan. Itulah impian aku. Impian yang aku yakin akan mencapainya di suatu masa kelak.

Disebalik semua itu, aku juga ingin menjadi seorang ahli perniagaan bergelar jutawan. Sudah tentu idola aku ialah Bill Gate. Kadang-kadang, fikiran aku selalu melayang mempunyai wang yang sangat banyak. Seterusnya, melarat sehingga ingin memakai sebuah kereta model Ferrari,dipandu seorang pemandu dan aku duduk selesa di tempat duduk belakang. Alangkah indahnya jika aku beroleh semua itu. Walaupun begitu, tiada satu pun usaha aku ke arah itu.

Apabila aku memuhasabah diriku sendiri, kesedaran dan kefahaman jelas terpancar di benak fikiranku. Aku jelas dapat menilai yang mana adalah impian dan khayalan. Aku terus menoktahkan diriku mengejar impian dan memadam unsur khayalan hilang daripada fikiranku yang ternyata hanyut seolah-olah tidak berpijak di bumi nyata.

Dari situ aku merumuskan perbezaan di antara dua benda ini yang sentiasa ada dalam diri seseorang yang bergelar manusia. Impian baik untuk dikejar kerana curahan usaha yang tidak pernah putus daripada diri sendiri. Manakala khayalan hanyalah bayangan yang tiada usaha langsung setakat ingin menyedapkan onak fikiran.

Sekian...

4 comments:

  1. teruslah ngn impian...lupekan khayalan k...wish u luck...

    ReplyDelete
  2. dengsn khsyslan kits xksn kemsns-mana
    kalau tanpa impian..

    berusa dan terus barusaha..
    jdkn ia kenyatan..
    good luck!

    ReplyDelete
  3. x salah nk bermimpi..kdg2 penting tuk majukan dri..btw,sy pn mnat bill gate..chaiyok2....

    ReplyDelete