Pages

Tuesday, June 29, 2010

Makan Lalu,Tido Lena

Sejak perang piala dunia ni aku selalu tido lewat. Tambah2 pusingan kedua sedang berlangsung. Aku nak blogging pun kadang2 tak de mood sebab letih n tak cukup tido. Malam aku berjaga bile siang aku tido. Macam kelawar plak kan.

Tapi untung gak bile tiba musim piala dunia ni. Selera makan aku tak macam selalu. Bile mengadap je bola, aku asyik makan je depan TV. Sampai mak aku membebel tak berenti. Makan nasi pun depan TV. Time makan sekeluarga, aku tak turut serta. Alasannya tak lalu. Time bola, mulela cari nasi.

Mase pegi pasaraya, aku timbang la berat badan aku ni. Fuh, naik dua kilo. Sebelum ni nak naik pun susah. Kalaulah piala dunia ni sebulan sekali alamak macam belon la aku. Kadang2 aku pun terpikir gak. Time Euro,premier league ke tak la cam ni. Memang makan bola,tido pun bola.

Mase tengok bola lagi la gempak. Aku,abang aku dan abah ku bersiap sedia terus depan Tv sambil makan kacang. Bile je bola masuk gol, kami tiga orang ni bersorak macam duk dalam studio. Tiap2 malam mak aku bising. Macam mane tak bising sampai adik aku umur 2 tahun menangis tersedar dari tido. Tambah2 dalam kul 2 ,3 pagi lak tu.

Yang lucunya abah aku siap ambik cuti dua ari sebab nak tengok pasukan favorite dia. Selalunya mak aku suruh dia ambik cuti sakit pun susah. Tapi cuti bola bleh plak die ambik. Bile mak aku tanya, die cakap demam. Memang demam pun, demam bola. Lepas tu mak aku pun PokPet2 tak berenti.

Tu la kisah aku time musim bola ni. Kisah suka dan duka. K la abis dah cite untuk hari ni.

No comments:

Post a Comment