Pages

Wednesday, June 16, 2010

Memori Bersama Aku Dengan Kekasihku

Post aku kali ni tak la menarik sangat kerana ia hanya mengenai kekasih aku saje. Kalau korang nak bace korang bleh teruskan bace. Manetau bleh beri korang ilham nak wat novel. Cerita aku ni sedikit sedih dan romantik la sebab korang mesti meluat kan kat aku nanti. kalau ade yang gelak, terserah pade korang. Mungkin korang paham cite aku ni kot lain.

Kekasih aku ni namenyer dell. Name dia supe ngan brand laptop kan. Kadang2 aku selalu sakat dia. Aku cakap abang dah tak yah beli laptop baru, yang dah ade pun susah nak jaga. Bile aku cakap cam tu, majuk je memanjang. Aku pujuk wat tak reti je. Melarat dua tiga hari. Mase tu aku pikir aku nak cari lain dah, nasib baik die cepat sejuk.

Seingat aku, kami mula kenal setahun lepas. Pejam celik dah setahun aku dengan dia bercinta. Banyak gak la rintangan kami berdua tempuhi. Aku respek sangat2 kat dia. Walaupun dia kuat majuk, tapi dia tetap sabar dengan kerenah aku ni. Dia tetap layan aku dengan baik. Setiap kali aku ade assignment, dia mesti bantu aku. Adanyer dia, kerja aku siap tepat pada mase.

Aku selalu ajak dia pegi date di kfc. Sebulan sekali kami berdua mesti pegi. Semasa di Kfc aku je yang makan. Aku ada tanya dia, kenape sayang tak makan? Dia cakap nak jage kesihatan supaya sentiasa sihat dan muda. Kami berdua bukan setakat makan je, sambil layan internet dan kami wat keje same2.

Saat2 kemanisan aku dengan dia tak lama sebenarnya. Setahun tu bagi aku kejap je. Ada satu kejadian yang buatkan aku dan dia berpisah buat selama2nyer. Masa tu aku dengan dia, membonceng motosikal melalui jalan kampung. Sudah hampir seluruh ceruk kampung aku bawa dia. Tak lama kemudian, aku melalui jambatan tali air. Tiba2 kejadian buruk berlaku kepada kami.

Mase tu motor aku tiba2 je hilang kawalan. Aku terbabas ke dalam parit dan kekasihku tercampak dalam tali air. Aku cuba bangun untuk membantu kekasihku tapi aku tak berdaya. Aku hanya mampu tengok dia tenggelam timbul je. Kemudiannya, hilang terus dari pandangan aku. Mase tu aku tiba2 je aku pengsan.

Sedar2 je, aku ada kat umah. Rupa2 nya, kawan aku yang bawak aku balik umah. Kecederaan aku tak la teruk, cuma seliuh kaki je. Tapi aku frust gak mase tu, kekasih aku tak dapat diselamatkan. Sedih memang tak leh nak cakap. Banyak sangat kenangan aku dengan dia. Nak cari pengganti, bila la plak aku akan dapat. Nak dapatkan yang ni pun susah.

Setelah enam bulan aku usaha, akhirnya dapat gak aku bertemu ngan kekasih baru aku ni. Yang ni lagi pelik ade la name dia. Korang caye tak dia suh aku panggil dia dengan name alien. Aku nak panggil Alen, dia cakap tak sesuai dengan dia. Tapi takpe la sayang punya pasal. Sekarang, aku dengan dia hidup bahagia dan kekasihku yang dulu tetap dalam kenangan.

Dua orang kekasih yang sentiasa ada dalam hati aku:
  • Dell Vostro 1710
  • Alienware M11x




7 comments:

  1. kekasih mu bukan orang..cis.. :)..

    ReplyDelete
  2. beriya baca rupa2 nya lapppy ja..hahaha

    ReplyDelete
  3. dh start nk sedih dh td...tp xpe...susunan cerita yg bagus...huhu:)

    ReplyDelete
  4. aa, susunan cerita yg bagus tp akhirnya, jd dell jugak..cit

    ReplyDelete
  5. la..........yeke? serius org ingtkn btul2 ur gf? bce cmment2 baru tau..so tertipu la ni.ok anda berjaya :D haha

    ReplyDelete