Pages

Sunday, June 20, 2010

Nokia 5230 Model Terhebat Oleh Nokia

Nokia 5230 merupakan touch-phone terbaru dari pengeluar telefon bimbit terkenal,Nokia dan ia mungkin touch-phone termurah yang ada di pasaran masa kini. Ia sangat murah berbanding kebanyakan Express Music dari Nokia seperti 5800 dan dilengkapi dengan satu TFT resistive skrin sesentuh sebesar 3.2 inci bersama 16M warna.

Selain itu, ia juga dilengkapi memori dalaman sebanyak 70MB tetapi ini boleh dibesarkan lagi sehingga 16G. Phone-booknya pula mampu memuatkan kemasukan data tanpa had. Walaupun stereo headset disertakan bersama dengan pakej, kad memori tidak disertakan bersama.Seberat 115 gram, hiasan reka bentuknya sangat ringkas dan bergaya. Buat masa sekarang telefon bimbit ini boleh didapati dalam 2 warna iaitu hitam dan putih.

Nokia 5230 menggunakan perisian Symbian S60 sebagai sistem operasi memastikan pelbagai jenis software boleh dimuat turun. Ia juga menyokong Microsoft Exchange dan Email client. GPS receiver terbina dalam membolehkan ia mendapat sokongan A-GPS dan boleh berfungsi dengan Nokia Maps 2.0 touch application yang didatangkan bersamanya. Telefon bimbit ini juga mengandungi aplikasi Ovi Maps 3.0 dan juga GPS boleh digunakan dengan Google Maps.

Gajet ini telah difungsikan dengan satu GPRS kelas 32 dan EDGE kelas 32 yang menyokong WAP 2.0/xHTML,HTML,RSS feeds web browser untuk melayari internet. Selain itu,Nokia 5230 merupakan sebuah alat quad-band GSM yang memberi reception terbaik dan juga menyokong servis dual-band 3G. Dengan penerimaan HSDPA @3.6 Mbps, sebarang data boleh dimuat turun pada kelajuan sangat pantas. Selanjutnya, penerimaan dan perkongsian data boleh dilaksanakan menggunakan bluetooth dan USB. Kamera 2 megapixel terdapat di bahagian belakang telefon mampu mengambil gambar dan merekod video dalam mod VGA @30fps.

Di bahagian hiburan pula, sistem pemain muzik boleh playback MP3,WMA,WAV,RA,AAC dan format M4A sementara pemain video menyokong, WMV,RV,MP4 dan format 3GP. Lebih menarik lagi, ia juga mempunyai sistem radio FM. Pelbagai aplikasi lain dalam Nokia 5230 ialah Voice command/ dial, photo editor, Document viewer (Word, Excel, PowerPoint), Handwriting recognition feature, Email dan IM. Akhir sekali ia juga mempunyai kuasa bateri Li-ion yang menyokong satu masa panggilan sehingga 4 jam dan masa standby sehingga 432 jam apabila menggunakan servis 3G.

1 comment: