Pages

Thursday, June 17, 2010

Rahsia Mafia Wars Di Facebook


Kepada Semua Yang Berminat Cara Mempelajari Mafia Wars Untuk Menakluk Mafia Wars....

Menjadi peminat fanatik Mafia Wars, aku telah menyelongkar pelbagai cara rahsia Mafia Wars. Seperti kebanyakan pemain Mafia Wars yang lain, target aku untuk jadi seorang pemain yang tiada tandingan, kaya dan berkuasa.

Ramai di luar sana yang mencari rahsia Mafia Wars semata-mata untuk mendominasi game yang paling popular ini,dan dengan cara yang betul dan taktik kau boleh membesarkan keluarga mafia kau dengan sangat cepat, membuat duit macam kilat dan menjadi ketua keluarga bila-bila masa sahaja.

Selepas melakukan banyak kajian, aku boleh katakan kau boleh menemui dengan senang beberapa cara dan teknik di forum dan blog, walaubagaimanapun, apa yang kebanyakan orang hendak belajar ialah strategy pembunuh yang boleh memberi kemenangan demi kemenangan.
Dengan kata lain, UNSTOPPABLE!

Membesarkan Harta Kekayaan Dalam Mafia Wars

Pertama, kau akan sudah semestinya akan melakukan beberapa kerja untuk mendapatkan duit. Tetapi tidak lama selepas itu, kau tidak perlu melakukan sebarang kerja untuk membuat duit, hanya menaikkan level. Ini kerana pelaburan kau yang akan membuat duit tanpa berbuat apa-apa.

Di permulaan,bila kau membuat kerja, pilih kerja yang mempunyai tawaran yang tinggi dengan penggunaan tenaga yang sedikit. Secara alternatif, kau boleh pilih kerja yang mempunyai experience yang tinggi dan penggunaan tenaga yang sedikit. Banyak kelebihan kepada kau dengan kehilangan tenaga yang sedikit adalah jalan yang betul sepatutnya kau ambil.

Setelah dibayar, masukkan duit ke dalam bank ialah satu keputusan yang bijak. Benar,bank akan mengambil 10 percent daripada duit simpanan anda, tetapi ini adalah jalan yang terbaik daripada kehilangan duit dalam mana-mana pertarungan.

Sentiasa ingat untuk membeli harta dengan pulangan yang bagus ke atas nisbah pelaburan apabila tiba masa yang betul.

9 Tip Terbaik Untuk Berjaya Dalam Mafia Wars

  • Simpan Duit Ke Dalam Bank
Permainan ini semuanya berkaitan dengan rampasan dan kau dengan senangnya boleh kehilangan duit semasa pertarungan. Duit kau lebih selamat simpan di bank.
  • Menguatkan Keluarga Mafia Kau
Mencari orang yang bermain game ini setiap hari. Ini akan memastikan kau membina sebuah keluarga mafia yang kuat. Sentiasa menolong ahli-ahli dalam keluarga kau dan dengan melakukan perkara ini, kau juga akan membuatkan keluarga mafia kau sentiasa kuat.
  • Membeli Harta
Kerja ke arah membuat duit dengan banyak dan gunakan duit tersebut untuk membeli harta yang akan menolong kau mendominasi permainan.
  • Dapatkan Senjata Yang Terbaik
Ini akan menolong kau dalam aspek pertahanan dan memperoleh lebih banyak markah dalam serangan.
  • Menyimpan Pek Tenaga
Pek tenaga akan berguna semasa kecemasan.
  • Memilih Kelas "Maniac"
Dalam Mafia Wars, tenaga lebih bernilai daripada duit. Tenaga membolehkan kau menjalankan misi dimana duit tidak dapat digunakan. Ini ialah kesalahan yang biasa dibuat oleh kebanyakan pemain apabila mula bermain. Dengan kelas "Maniac" kau tidak perlu bimbang tentang tenaga lagi.
  • Bersabar Dalam Membina Keluarga Mafia
Kau memerlukan beberapa rancangan yang bagus sebelum sebuah keluarga mafia yang berjaya ditubuhkan. Bermula dengan bekerja secara bersendirian sehingga anda bersedia. Ini lebih baik untuk kau di bahagian permainan yang seterusnya.
  • Gunakan Point Experience Kau Ke Atas Tenaga
Jangan bazirkan point kau ke atas benda lain seperti Godfather Point dan sebarang benda yang tidak berguna. Itu boleh dibuat di kemudian hari, walaubagaimanapun buat masa sekarang, ia akan melambatkan kau. Jadi aku nasihatkan kau untuk fokus kepada tenaga terlebih dahulu kerana ia adalah benda yang paling penting bagi meningkatkan level dengan sangat cepat.
  • Elakkan Tersenarai Dalam "Hitlist"
Ini akan menghindarkan diri kau dari serangan pemain yang mempunyai level tinggi. Kau boleh menduduki dalam senarai tersebut apabila level kau sudah cukup tinggi. Tetapi buat masa sekarang, ia akan memperlahankan kemajuan kau dalam permainan.

Semoga Berjaya!





2 comments:

  1. aku sempat jamah dua-tiga hari je game ni..
    pastu terus jadi malas,
    haha..

    ReplyDelete
  2. game ni aku pun boring..tapi 3 bln gak bertahan...

    ReplyDelete