Pages

Tuesday, July 6, 2010

3 Pemain Terkenal Memalukan Di Afrika Selatan

Kempen piala dunia di Afrika Selatan telah memasuki peringkat separuh akhir. Sepanjang piala dunia pelbagai kontroversi telah berlaku mengenai para pemain. Di kalangan pemain terdapat 3 pemain terkenal yang paling memalukan.

Pemain-pemain tersebut ialah:

Lionel Messi

Messi merupakan pemain terbaik dunia dan merupakan tonggak utama Argentina sepanjang kempen piala dunia. Selain itu dia juga merupakan anak buah kesayangan Maradona.

Semua gelaran dan layanan yang dia terima tidak dapat menjamin kemenangan skuad Argentina. Semasa perlawanan dengan skuad Jerman, dia dilihat terkapai-kapai untuk mencari peluang jaringan.

Mengelecek bola sambil syok sendiri dan akhirnya dengan mudah bola dirampas oleh pertahan Jerman. Dimanakah sentuhan berbisa yang ada padanya semasa di Barcelona?

Cristiano Ronaldo

Pemain bintang di skuad Galacticos tetapi kurang menyengat semasa kempen piala dunia. Dia tidak banyak membantu skuad Portugal dan tiga hantaran sahaja yang dapat dilakukan dihadapan pintu gol lawan.

Apakah yang difikirkan oleh pemain ini? Baru-baru ini gempar tentang Ronaldo telah menjadi seorang bapa. Tetapi nama ibunya dirahsiakan oleh Ronaldo.

Kemungkinan tumpuan Ronaldo semasa kempen piala dunia terganggu disebabkan oleh perkara ini. Jangan berasa pelik kerana pemain ini memang seorang kaki perempuan dan mempunyai ramai bekas kekasih.

Sesungguhnya dia layak mendapat gelaran jantan!

Wayne Rooney

Rooney tidak layak memakai jersi nombor 10 England kerana dia bermain seolah-olah budak baru belajar bermain di pentas antarabangsa.

Tengok sahaja gelagatnya semasa menentang Jerman. Tiada langsung percubaan yang dilakukan olehnya di pintu gol lawan. Bagaikan tikus mencari lubang kerana hendak menyelamatkan diri daripada sebelas ekor kucing.

Rooney sesungguhnya tidak layak diletakkan sebaris dengan generasi pemain England yang terdahulu. Sungguh memalukan!

Kesimpulannya pemain bintang tidak lagi dapat menjamin kemenangan pasukan. Jerman sudah membuktikannya. Rata-rata pemain Jerman dibarisi pemain muda dan mempunyai kerjasama berpasukan berkelas dunia.